BUDAYA HIBURAN

Hiburan adalah suatu elemen yang perlu kepada manusia. Hati yang tidak tertarik dan tidak terkesan elemen hiburan adalah hati yang kering. Oleh itu, perlunya hati dihiburkan namun perlulah berlandaskan kepada Islam. Islam tidaklah menolak dan mengharamkan muzik atau hiburan secara total, bahkan ianya perlu dinilai dan diukur berlandaskan panduan syar'ie. Bunyi-bunyian yang menarik itu akan 'menghidupkan' hati. Contohnya rentak pukulan kompang dan gendang (alat muzik yang diharuskan dalam Islam) yang teratur boleh menjadi suatu elemen yang menenangkan. Perlu kita fahami bahawa hiburan Islam dan bukan Islam mempunyai perbezaan yang cukup besar, dan halangan perbezaan antara keduanya amat berbeza. Hiburan Islam akan membawa hati dan fikiran kita kembali kepada yang sepatutnya. Alunan hadrah dan qasidah-qasidah yang cukup berkesan akan memberi kesan positif kepada kita sendiri, itupun jika pembaca bersetuju dengan pendapat saya. Islam pun tidak pernah melarang umatnya berhibur. Bahkan, ketika mana penduduk Yathrib (sekarang dikenali sebagai Madinah) menyambut ketibaan junjungan yang mulia Nabi al-Musthofa Muhammad SAW bersama-sama rombongan pengikut Baginda SAW yang dikenali sebagai Muhajirin (orang-orang yang berhijrah), mereka memukul kompang dan gendang sebagai tanda kegembiraan mereka di atas ketibaan Baginda. Oleh itu muzik adalah diharuskan selagi mana ianya tidak melarang syarat-syarat syara'. Adalah tidak salah juga jika memukul hadrah di dalam masjid kerana perkara itu dibenarkan dalam Islam. Namun, bagi sesetengah golongan yang tidak memahaminya akan menghukumkan perkara ini dengan pelbagai hukum dan alasan. Namun budaya berhibur pada hari ini sudah jauh menyimpang daripada landasan agama, tidak lagi sensitiviti syara'. Inilah apa yang dikesalkan oleh kita dan para ulama' sekaliannya. Inilah yang berlaku apabila berhibur atau hedonisme ini menyerang pemikiran umat Islam. Golongan kafir semakin hari semakin menemui jalan-jalan kejayaan dalam menghapuskan identiti keIslaman yang sememangnya tersemat kukuh pada diri umat Islam. Kemasukan budaya-budaya asing, an juga hiburan-hiburan yang melampau akan melemahkan umat Islam jika mereka terus hanyut dibawa arus serangan pemikiran pembudayaan asing ini. Budaya berhibur sepanjang masa, an fesyen yang tertentu berkaitannya menjadi suatu kebiasaan yang suatu masa nanti akan sebati dalam jiwa Muslim itu sendiri. Para pemuda dan pemudi Islam semakin lemah walhal engan agama mereka sendiri. Islam hanya menjadi identiti bukan pegangan kukuh dan amalan. Rata-rata apabila kita merujuk kepada para pemuda dan pemudi Islam berhubung tokoh-tokoh dan isu Islam misalnya, berapa ramai di kalangan mereka akan memberi jawapan yang memuaskan hati. Tanyalah mereka berkaitan lagu, kumpulan artis, jenis hiburan, fesyen semasa dan yang semasa dengannya, dengan mudah mereka akan memberi respon yang tidak dijangka. Para artis atau public figure ini akan meniti di bibir mereka sebagai insan yang dikagumi. Tidak hairanlah jika dikatakan pewaris akan datang adalah pewaris yang lemah. Lihatlah realiti remaja dan pemuda Islam hari ini, di mana budaya berhibur yang tidak mengenal batasan adalah keperluan. Inilah antara agenda Barat yang meresap masuk ke dalam pemikiran umat Islam yang akan melemahkan kita juga. Sedarlah, umat Islam akan diratah dalam pelbagai cara dan keadaan oleh kuffar dengan satu matlamat yang pasti iaitu untuk melihat Islam hancur dan lemah, tidak berkualiti walau jumlah bilangan umat Islam di dunia mencecah angka bilion tetapi mereka boleh dikawal dan 'diprogramkan' oleh mereka. Tolonglah sedar..