BANGSAKU

Dalam mengejar perlumbaan waktu,
Bangsa kita masih bertatih,
Untuk melawan segala musuh yang mendatang,
Sedangkan orang lain sudah mendabik dada di mercu kejayaan,
membina dan membentuk kekuatan mereka,


Ayuhlah duhai bangsaku,
Kita bangkit dan berjuang,
Walau dengan apa saja kekuatan yang kita ada,
Kita tidak punya banyak masa,
Kita harus bertindak.....bahkan wajib bertindak,
Untuk merobohkan tembok kemiskinan dan ketandusan,
Di bumi yang kita warisi ini,


Sesungguhnya inilah tempat kita,
Membina kehidupan zaman-berzaman,
Warisan kegemilangan yang tekubur,
Jangan biarkan ianya terus lesu di balik tinggalan sejarah itu,
Melaka sebagai peneraju ekonomi suatu tika dulu,


Kita gah di tengah raya,
Di mana pun Melayu terkenal,
Kita bangsa pedagang,
Kini,
Kita dihina...dinafikan,
Titisan-titisan tangisan bangsaku,
Merempat mencari kekuatan kembali,


Bangkitlah bangsaku,
Kuasailah perniagaan,
Bukankah itu sunnah junjungan kita?,
Bukankah itu amanah kita?,
Bangkitlah dan kembalikan kegemilangan yang digarap,
Nenek moyang kita dahulu

BUDAYA HIBURAN

Hiburan adalah suatu elemen yang perlu kepada manusia. Hati yang tidak tertarik dan tidak terkesan elemen hiburan adalah hati yang kering. Oleh itu, perlunya hati dihiburkan namun perlulah berlandaskan kepada Islam. Islam tidaklah menolak dan mengharamkan muzik atau hiburan secara total, bahkan ianya perlu dinilai dan diukur berlandaskan panduan syar'ie. Bunyi-bunyian yang menarik itu akan 'menghidupkan' hati. Contohnya rentak pukulan kompang dan gendang (alat muzik yang diharuskan dalam Islam) yang teratur boleh menjadi suatu elemen yang menenangkan. Perlu kita fahami bahawa hiburan Islam dan bukan Islam mempunyai perbezaan yang cukup besar, dan halangan perbezaan antara keduanya amat berbeza. Hiburan Islam akan membawa hati dan fikiran kita kembali kepada yang sepatutnya. Alunan hadrah dan qasidah-qasidah yang cukup berkesan akan memberi kesan positif kepada kita sendiri, itupun jika pembaca bersetuju dengan pendapat saya. Islam pun tidak pernah melarang umatnya berhibur. Bahkan, ketika mana penduduk Yathrib (sekarang dikenali sebagai Madinah) menyambut ketibaan junjungan yang mulia Nabi al-Musthofa Muhammad SAW bersama-sama rombongan pengikut Baginda SAW yang dikenali sebagai Muhajirin (orang-orang yang berhijrah), mereka memukul kompang dan gendang sebagai tanda kegembiraan mereka di atas ketibaan Baginda. Oleh itu muzik adalah diharuskan selagi mana ianya tidak melarang syarat-syarat syara'. Adalah tidak salah juga jika memukul hadrah di dalam masjid kerana perkara itu dibenarkan dalam Islam. Namun, bagi sesetengah golongan yang tidak memahaminya akan menghukumkan perkara ini dengan pelbagai hukum dan alasan. Namun budaya berhibur pada hari ini sudah jauh menyimpang daripada landasan agama, tidak lagi sensitiviti syara'. Inilah apa yang dikesalkan oleh kita dan para ulama' sekaliannya. Inilah yang berlaku apabila berhibur atau hedonisme ini menyerang pemikiran umat Islam. Golongan kafir semakin hari semakin menemui jalan-jalan kejayaan dalam menghapuskan identiti keIslaman yang sememangnya tersemat kukuh pada diri umat Islam. Kemasukan budaya-budaya asing, an juga hiburan-hiburan yang melampau akan melemahkan umat Islam jika mereka terus hanyut dibawa arus serangan pemikiran pembudayaan asing ini. Budaya berhibur sepanjang masa, an fesyen yang tertentu berkaitannya menjadi suatu kebiasaan yang suatu masa nanti akan sebati dalam jiwa Muslim itu sendiri. Para pemuda dan pemudi Islam semakin lemah walhal engan agama mereka sendiri. Islam hanya menjadi identiti bukan pegangan kukuh dan amalan. Rata-rata apabila kita merujuk kepada para pemuda dan pemudi Islam berhubung tokoh-tokoh dan isu Islam misalnya, berapa ramai di kalangan mereka akan memberi jawapan yang memuaskan hati. Tanyalah mereka berkaitan lagu, kumpulan artis, jenis hiburan, fesyen semasa dan yang semasa dengannya, dengan mudah mereka akan memberi respon yang tidak dijangka. Para artis atau public figure ini akan meniti di bibir mereka sebagai insan yang dikagumi. Tidak hairanlah jika dikatakan pewaris akan datang adalah pewaris yang lemah. Lihatlah realiti remaja dan pemuda Islam hari ini, di mana budaya berhibur yang tidak mengenal batasan adalah keperluan. Inilah antara agenda Barat yang meresap masuk ke dalam pemikiran umat Islam yang akan melemahkan kita juga. Sedarlah, umat Islam akan diratah dalam pelbagai cara dan keadaan oleh kuffar dengan satu matlamat yang pasti iaitu untuk melihat Islam hancur dan lemah, tidak berkualiti walau jumlah bilangan umat Islam di dunia mencecah angka bilion tetapi mereka boleh dikawal dan 'diprogramkan' oleh mereka. Tolonglah sedar..

KEPALA BABI DILEMPAR DI MASJID

Hati umat Islam terguris dan kecewa dengan isu-isu yang dilakukan oleh golongan kafir laknatullah. Selepas isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan Kristian Katolik dalam penerbitan mingguannya, umat Islam di Malaysia terutamanya di Jalan Kelang Lama dan Taman Datuk Harun dihina pula. Dan tentunya seluruh umat Islam di Malaysia berdukacita dengan musibah yang mencemar maruah kita sebagai umat Islam. Masjid adalah Baitullah (rumah Allah), dan ianya menjadi simbol kepada kesucian Islam itu sendiri. Ini maruah kita. Babi atau dalam bahasa Arab, khinzir adalah makhluk yang tergolong dalam najis berat (najis mughallazah). Hinanya binatang ini, sehingga ia diharamkan oleh Allah memakannya. Bahkan, Nabi Isa al-Masih a.s. akan turun di akhir zaman, dan Baginda akan mematahkan salib dan membunuh babi. Golongan kafir (saya tidak menggunakan istilah bukan Islam atau non-Muslim, sebaliknya menggunakan istilah yang asal iaitu KAFIR) di Malaysia sentiasa cuba dan berusaha untuk menaikkan kemarahan umat Islam walau dengan apa kaedah sekalipun. Sebab itu, Allah SWT melarang umat Islam daripada mengambil orang kafir sebagai teman akrab. Hati mereka ini diselubungi kebencian yang amat mendalam terhadap umat Islam, terutamanya golongan Kristian dan Yahudi, sebagaimana kebencian golongan penganut Hindu di India terhadap umat Islam. Selepas kejatuhan dinasti Uthmaniah di Turki, Islam terus menerima tamparan yang hebat. Dan kita adakalanya tidak mampu untuk bertindak bagi menjaga maruah kita, bangkit berjuang dan berperang bagi mempertahankan kesucian agama kita, Islam.

Isu kepala babi ini boleh menaikkan ammarah umat Islam. Bagi saya, sudah sampai masanya kita bangkit mengangkat senjata melawan golongan kuffar. Protes secara perhimpunan, berarak di jalan raya sambil melaungkan penentangan dan membawa sepanduk-sepanduk kutukan amatlah tidak memadai bahkan kafir akan tersenyum dan ketawa terbahak-bahak di belakang kita. Mereka mungkin akan menunjukkan simpati di atas insiden yang berlaku, tetapi di dalam hati mereka tersemat pelbagai racun dan dendam untuk melihat Islam terus dihina. Tetapi di dalam masa yang sama, kita masih berganding dengan mereka dalam apa jua perkara sekalipun. Kebanyakan perempuan Islam juga terutamanya tidak lagi kelihatan seperti wanita Islam, na'uzubillah. Mereka tidak menutup aurat mereka dengan sempurna, berpakaian sebagaimana yang dipakai oleh kafir, bertindak sebagaimana kafir, dan seterusnya lagi sebagaimana yang tuan puan sedia maklum. InsyaAllah saya akan cuba menulis lebih terperinci berhubung perkara ini nanti

RINDUKU PADAMU RASULULLAH

RINDUKU PADAMU RASULULLAH
Nabi Muhammad bin Abdullah,
Selawatlah makhluk ke atasmu jua,
Duhai Nabi al-Musthofa,
Engkaulah pilihan Tuhan,
Tuhan Yang Maha Esa,
Makhluk terpilih yang disucikan,
Akan ruh jua jasadmu,
Duhai Nabi al-Musthofa,
Pemergianmu ditangisi umat,
Namun keturunanmu memenuhi bumi,
Merekalah pengaman di muka bumi.
Sungguh,
Ku merinduimu,
Dalam alunan Mahallul Qiyam,
Ku dendangkan bait-bait pujian,
Atas dirimu yang terpilih,
Selawatku atasmu di Subuh yang hening,
Tatkala burung memecah kesunyian,
Melata mencari rezekinya,
Ku habiskan selawat ke atasmu.
Kerana kerinduanku padamu,
Akan membuatku menangis,
Betapa dikaulah khalifahku,
Di dunia jua akhiratku,
Ku memohon pada-Mu Tuhan,
Janganlah dihalang wajahku memandang,
Janganlah diharamkan wajahku menatap,
Akan wajah kekasih-Mu di sana nanti,
Biar diriku terpalit lumpur dosa,
Ingin jua daku menatapnya,
Walau di balik tirai-tirai hitam dosaku.
Sungguh,
Kekasih-Mu telah menggegar dunia yang fana' ini,
Berbekalkan ilmu jua mukjizat,
Aku adalah umatnya,
Wahai Tuhan Yang Maha Besar,
Berilah padaku peluang,
Untuk menatap wajah Rasulullah walau di dalam enaknya tidurku,
Ingin sekali ku melihat wajah kekasih-Mu,
Kerana Bagindalah pensyafaatku,
Tanpanya ke manakah daku,
Celakakah atau bahagia?.
Duhai Rasulullah,
Pemergianmu diratapi umat,
Umat yang mencintaimu,
Maulid ke atasmu setiap hari,
Bagi para pencintamu,
Namun bagi penentangmu,
Dihukum sesat mereka yang menyambut maulidmu ya Rasulullah,
Moga Allah menganugerahkan mereka,
Bercambahnya benih-benih kecintaan padamu.
Mengalirnya air mata,
Di saat namamu dialunkan dan dilafazkan,
Dalam kalimah selawatku,
Di pagi Subuh ku lengkapkan,
Selawat ke atasmu,
Butiran tasbih berganti,
Mengambil tempatnya di jemariku,
Atas perintah Allah,
Ku berselawat atasmu,
Sesungguhnya berfirmanlah Tuhan Yang Maha Tinggi,
"Innallaha wamalaikatahu yu sollu na 'alan Nabi,
ya ayyuhalldzi na amanu sollu 'alaihi wa sallimu taslima"
Atas perintah Tuhanlah,
Aku mengungkapkan kecintaanku padamu,
Wahai Rasulullah,
Bukankah orang yang bercinta itu,
Akan menyebut-nyebut nama kekasihnya,
Jua merinduinya sentiasa,
Begitulah kasihku padamu duhai Nabi,
Aku memohon pada Tuhan,
Agar dapat bersamamu di sana nanti,
Meneguk setitik nikmat di Haudh,
Itulah anugerah besar daripada Allah buatmu,
Untuk diteguk umatmu di sana.
Sungguh kecintaanmu pada umatmu Nabi,
Di saat Malikil Maut hampir kepadamu,
Untuk membawamu pulang ke hadhrat-Nya,
Menitis air matamu yang suci,
Meninggalkan wasiat buat umat,
Ummati.....ummati....,
Lidahmu tetap jua memanggil umatmu duhai Nabi,
Ya Rasulullah,
Lihatlah umatmu sekarang,
Sesungguhnya sabdamu amat benar,
Umat telah 'diserang' akan apa yang telah dikau sabdakan dahulu,

oleh: ABDUL LATIFF MOHAMAD, 7 sAFAR 1431 H, bersamaan 22 Januari 2010, Jumaat

KALIMAH ALLAH....TIADA KOMPROMI

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katolik dalam Herald The Catholic Weekly mengguris perasaan umat Islam. Umat Islam bangkit mempertahankannya. Mufti Perak, al-'Allamah Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Zakaria mengatakan bahawa tidak ada toleransi dan kompromi dalam soal ini. Benar. Saya bersetuju dengan pendapat ini. Bahkan, jika saudara membaca tulisan saya yang lalu, saudara akan menemui pendapat saya bahawa tidak ada toleransi dan kompromi dengan kuffar. Apa yang menghairankan saya, kenapa kita masih 'berbaik-baik' dengan kuffar walaupun pelbagai perkara yang mengguris perasaan umat Islam telah dilakukan mereka. Bagi saya, ini menunjukkan kelemahan kita dan inilah salah satu sebab mengapa mereka yakni golongan kuffar laknatullah berani sehingga mencabar kesucian agama Islam itu sendiri. Kita tidak mencampuri urusan agama mereka sedikit pun, tetapi mengapa mereka biadab sebegitu rupa? Kita umat Islam memahami firman Allah SWT "lakum dinukum waliya din" yang bermaksud "bagimu agamamu dan bagiku agamaku". Atas kefahaman inilah, kita tidak mencampuri urusan agama mereka. Bahkan Nabi al-Musthofa Muhammad SAW juga telah berpesan kepada pasukan perang Muslimin bahawa jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang yang berada di dalam rumah-rumah ibadat. Rumah-rumah ibadat. Tidak kiralah apa agama pun, asalkan mereka berada di dalam rumah ibadat mereka. Inilah kaedah dan kesucian Islam walau dalam hal perang sekalipun. Islam mengamalkan toleransi dan kompromi. Namun dalam sesetengah perkara, tidak ada toleransi dan kompromi. Sebab itulah Islam membuka peluang muzakarah dan musyawarah dalam sesuatu isu.

Tapi jika sampai ke tahap memghina Islam, maka ketika itulah tiada peluang toleransi dan kompromi. Sebagai contoh, saya bawakan hal peruntuhan Masjid Babri di India suatu masa dahulu. Masjid Babri (bahasa Hindi: बाबरी मस्जिद, Urdu: بابری مسجد‎) atau Masjid Babur ialah sebuah masjid yang bersejarah yang terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina di atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Mulanya masjid dinamakan Masjid-i Janmasthan. Ia dimusnahkan pada tahun 1992 apabila perhimpunan politik seramai 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan. Bangunan ini yang terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh. Masjid lain di Ayodhya ialah Masjid Hazrat Bal yang dibina oleh Raja Shariqi. Ketika ini kekuatan umat Islam tercabar. Di mana kekuatan umat Islam untuk mempertahankannya? Tiada. Apabila kekuatan umat Islam lemah, maka kuffar dari agama mana sekalipun, akan berani untuk melakukan apa-apa tindakan sekalipun.

Maka, perkara ini perlulah sangat difahami oleh semua umat Islam. Saya amat merayu kepada seluruh umat yang bergelar MUSLIM supaya merenungi hal ini, dan SEDARLAH. TOLONGLAH SEDAR wahai saudara-saudaraku sekalian.



oleh:
al-Faqir Ilallah,
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
21 Muharram 1431 Hijriah, Khamis,
bersamaan 7 Januari 2009 Masihi,
Georgetown, Pulau Pinang.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH.....SEDARLAH!

Kalimah ALLAH merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada hak selain-Nya untuk disembah dan pengabdian hanya kepada-Nya semata-mata. Dialah yang menciptakan segala-galanya sama ada di langit mahupun di bumi dan antara keduanya. Allah adalah Tuhan yang disembah dan diabdi oleh umat Islam, dan nama ALLAH adalah 'hak eksklusif' umat Islam. Memang, umat Arab jahiliah suatu masa dahulu, apabila ditanya kepada mereka bahawa siapakah yang mencipta mereka? Mereka akan menjawab, Allah. Perkataan Allah berasal daripada frasa Al-Ilah, yang bermaksud Tuhan. Itu adalah maksud daripada sudut bahasa.

Saya membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Januari 2010, Sabtu bersamaan 16 Muharram 1431 Hijriah yang melaporkan tentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik untuk digunakan dalam penerbitan mingguannya, Herald The Catholic Weekly. Keputusan mengejutkan ini mengundang pelbagai reaksi daripada ulama', pemimpin, NGO dan juga umat Islam yang lain. Kalimah Allah hanya terdapat di dalam kitab al-Karim, al-Quran. Allah Yang Maha Esa tidak boleh disamakan dengan ideologi dan doktrin agama yang menggunakan konsep Trinity yakni tiga Tuhan tunggal. Sedarlah wahai umat Islam. Golongan yang kurang ajar ini tidak akan berani untuk mencabar segala keputusan mahkamah mahupun suara-suara lantang pejuang sejati Islam. Tetapi, sebagaimana yang dikatakan oleh pepatah Melayu, "menangguk di air keruh". Mereka berani menunjukkan sikap biadab mereka terhadap Islam kerana perpecahan teruk yang berlaku di kalangan umat Islam itu sendiri. Perpecahan yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Nabi al-Musthofa Muhammad SAW juga telah berpesan bahawa akan sampai suatu masa bahawa umat Islam akan dikepung dan 'diratah' oleh golongan kuffar. Dan, sahabat al-kiram radhiyallahu 'anhum bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa apakah umat Islam ketika itu sedikit? Nabi al-Musthofa Muhammad SAW menjawab bahawa umat Islam ketika itu ramai tetapi lemah. Salah satu punca kelemahan wahai saudara-saudaraku, adalah perpecahan. Selagi kita saling berbalah antara satu sama lain, kita akan tetap lemah. Jadi apakah jalannya untuk mendapatkan kekuatan kembali? Bersatulah. Ya, bersatulah di atas nama Islam bukannya bersatu di atas nama parti, kabilah, mazhab, fahaman dan apa jua ideologi. Namun, ideologi Islam Liberal yang menular di kalangan masyarakat Islam bagaikan 'jarum berbisa' yang boleh merosakkan dan menghancurkan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri. Dalam masyarakat Melayu, perumpamaan lidi sering digunakan dalam menunjukkan perpaduan. Jika sebatang lidi mudah dipatahkan, bagaimana pula dengan segenggam? Sudah tentu sukar bukan? Begitulah juga dengan perpaduan Islam.

Perpecahan di kalangan umat Islam amatlah ketara dan kritikal. Melayu-Islam sebagai majoriti di Malaysia, agak terkebelakang. Walhal isu yang disentuh adalah berkaitan agama mereka, dan bangsa mereka. Golongan daripada pihak 'biru' berselisih faham dengan golongan pihak 'hijau'. Maka di tengah-tengahnya adalah jurang yang mampu dimasuki oleh anasir-anasir kuffar untuk melemahkan orang Islam itu sendiri. Satu golongan akan mengeluarkan fatwa dan pandangan yang bertentangan sehingga kepentingan parti melebihi kepentingan agama. Na'uzubillah. Orang 'hijau' tidak akan menghadiri jemputan kenduri atau walimah pihak 'biru' kerana pihak tersebut tidak islamik. Kenapa hal semacam tidak ada penghujungnya? Sedangkan kamu menyembah Tuhan yang satu yakni Allah SWT. Sepatutnya dua golongan hijau dan biru ini bersatu atas dasar dan nama Islam, serta berusaha bersama untuk memperbetulkan apa yang salah. Berkongsi kepakaran masing-masing dalam menambahbaik pelaksanaan Islam di Malaysia. Tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang dilihat oleh tuan-tuan sendiri. Saya tidak faham kenapa pihak UMNO difatwakan kafir kerana kerjasama dengan kuffar seangkan mereka juga 'bersama' atas nama Pakatan Rakyat? Pakatan bersama kafir. Apakah hukum itu terpakai untuk satu golongan sahaja? Ataupun mereka 'terlepas' daripada hukum kerana pimpinan ulama'? Apakah si Lim itu akan bekerjasama untuk Islam? Sedangkan secara terang-terangan mereka menyatakan tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Malaysia. Apakah kejayaan boleh dicapai untuk hasrat ini dengan bekerjasama dengan mereka? Tidak. Saya optimis mengatakan tidak. Jawapannya ialah, kedua-dua pihak beragama Islam ini wajib bergabung untuk Islam, oleh itu Islam mampu dan kuat untuk dipertahankan bagi 'berperang' sama dengan Kristian apa pun jua mazhabnya, Yahudi apa pun jua mazhabnya, Hindu, Buddha, Taoist dan segala agama kesesatan. Jawapan yang tindakan paling tepat adalah penyatuan di kalangan umat Islam itu sendiri.

Ingatkah tuan-tuan? Ketika mana pasukan Hizbullah pimpinan Sayyid Hassan Nasrallah berjuang melawan Yahudi di Lubnan. Bukankah mereka golongan Islam Syiah? Ya. Tetapi walaupun berbeza fahaman dan pegangan, mereka juga adalah umat Islam. Berhubung aqidah mereka, kita serahkan sahaja kepada Allah SWT. Al-'Allamah Asy-Syeikh Dr Yusuf bin Abdullah al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam wajib menolong Hizbullah melawan si kuffar Yahudi. Nampak tuan-tuan? Atas nama Islam, kewajiban kita membantu mereka juga. Oleh itu, penyatuan di kalangan umat Islam amatlah penting dan bahkan WAJIB bagi mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipermain-mainkan oleh kuffar.


Sungguh keadaan ini amat menyedihkan umat Islam. Berhubung dengan keputusan itu, ulama'-ulama' kita bangkit bersuara dan saya mengharapkan suara-suara keramat alim ulama' ini tidak akan tenggelam mengikut 'musim' sahaja. Al-'Allamah Al-Fadhilatusy Asy-Syeikh Dato' Abdul Halim bin Abdul Kadir, Yang Dipertuan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang merupakan mantan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu ketika zaman pentadbiran PAS dahulu mengatakan bahawa keputusan tersebut adalah satu tragedi dan 'hadiah' paling tidak berharga kepada umat Islam sempena tahun baru. Tetapi kenapa umat Islam masih tidak sedar-sedar? Asy-Syeikh adalah ulama' yang pada pendapat saya adalah ketua ulama' Malaysia kerana kita tidak mempunyai Mufti Negara sebagaimana negara-negara lain. Jadi suara Syeikh perlu diperhatikan dan iambil manfaatnya dalam memperjuangkan Islam, oleh itu umat Islam di Malaysia perlu berjuang bersama ulama' tanpa mengira latar belakang politik bagi menjamin kelangsungan perjuangan Islam, sebab itulah pentingnya penyatuan dan perpaduan Islam.


Al-Fadhilatusy Syeikh Dato' Abdul Halim bin Abdul Kadir


Sementara itu, Ketua Dewan Ulama' PAS, Datuk Harun Taib pula menyatakan bahawa keputusan mahkamah tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jelas melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi negara Malaysia.


Datuk Haji Harun bin Taib


As-Sohibus Somahah Tan Sri Dato' Seri Harussani bin Zakaria

Mufti Perak, As-Sohibus Somahah Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani bin Zakaria pula berkata, tahap perpaduan yang rendah memberi peluang kepada pihak terbabit sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu sensitif terhadap umat Islam. Beliau adalah ulama' atau mufti yang lantang bersuara apabila isu-isu berkaitan Islam disentuh, dan aktif berdakwah. Beliau adalah ulama' yang berani bersuara berbanding mufti-mufti lain di Malaysia yang hanya menyandang mufti tetapi berdiam diri sahaja. Sungguh rugi, mereka dilantik untuk bersuara dan membela Islam, sebaliknya diam sahaja. Semoga Allah memanjangkan umur Dato' Mufti. Amin. Selama bertahun-tahun masyarakat Melayu-Islam di Malaysia hidup bersama dengan 'pendatang' yang menumpang nikmat di Malaysia ini mengamalkan ajaran agama masing-masing. Namun tidak pernah timbul soal-soal seperti ini. Jika ada pun, ianya akan dibendung awal-awal lagi. Tetapi, sekarang mereka semakin berani mencabar maruah umat Islam kerana terdapat 'laluan' ataupun peluang untuk berbuat demikian dan menuntut pelbagai permintaan yang akan memuaskan hati mereka. Bagi saya, tujuannya hanyalah satu. Iaitu untuk melemahkan dan mengelirukan umat Islam serta berusaha menarik seramai mungkin orang Islam menukar agama ke agama Kristian. Bukankah kerana maksud ini, mubaligh-mubaligh Kristian memasuki negara-negara umat Islam. Mereka berusaha untuk menyebarkan ajaran tersebut sehingga mencapai maksud mereka.


Salah satu kesan yang boleh timbul daripada musibah ini adalah kekeliruan di kalangan remaja Islam yang sememangnya ramai di kalangan mereka hanyut tanpa menghiraukan agama serta boleh mengelirukan orang-orang yang baru memeluk Islam. Kenapa ada di kalangan muallaf yang kembali ke agama asal mereka? Saya fikir, perkara ini perlu dibincangkan di kalangan para ulama' (ulama' yang ikhlas berjuang untuk Islam bukannya sibuk berpolitik dan mencari kesalahan orang lain).


Ulama' Perlu Bersuara


Ulama'-ulama' kita perlu bersuara dan berani dalam mempertahankan isu-isu seperti ini. Berjuanglah untuk mempertahankan agamamu wahai para ulama'. Bersedialah untuknya walau nyawamu dan darahmu menjadi taruhan. Bukankah para ulama' itu pewaris para Nabi, justeru itu peranan mereka sepatutnya sesuai dengan apa yang dipertanggung jawabkan kepada mereka. Tidak kira sama ada ulama' yang ternama ataupun tidak. Ter'zahir' atu tersembunyi. Peranan mereka tetap sama. Saya memohon kekuatan kepada Allah SWT untuk bersama-sama dengan mereka di dalam perjuangan ini. Para ulama' juga perlu menyampaikan pendapat-pendapat mereka kepada golongan umara' sebagai langkah menguatkan Islam sepanjang masa. Jalinan kerjasama amatlah perlu di antara ulama' dan umara'. Contoh yang paling sesuai adalah ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal 'Abidin III di Terengganu. Baginda akan bertanya dan bekerjasama dengan Mufti, Almarhum Sayyid Abdul Rahman al-Idrus ataupun lebih popular dengan panggilan Tokku Paloh. Baginda Sultan memenggil Tokku Paloh dengan panggilan Ayahanda. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara Sultan dan Mufti. Kebetulan juga, Sultan adalah saudara ipar kepada Tokku Paloh sendiri. Oleh yang demikian, saya memohon suara ini didengar untuk kebaikan Islam dan kita semua.

oleh: ABDUL LATIFF MOHAMAD, Ahad, 16 Muharram 1431 H, bersamaan 3 Januari 2010 M.

TAHUN BARU HIJRAH 1431 H

Dengan berkumandangnya azan Maghrib pada malam 17 Disember lalu, menandakan bermulanya hari pertama dalam taqwim Tahun Baru Islam. Hari pertama yang diraikan dengan bacaan doa Awal Tahun. Inilah kaedah sambutan tahun baru dalam Islam. Dengan datangnya hari pertama ini juga, menjadi isyarat dan peringatan kepada manusia Muslim (insan). Tetapi ia mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada manusia an-naas. Peringatan bagi kita untuk menginsafi diri masing-masing. Ramai di kalangan manusia akan 'memasang' niat mereka sempena kedatangan tahun baru sama ada Hijriah ataupun Masihi. Berazam ataupun tidak, itu bukanlah persoalan yang besar. Soalnya, mampukah kita melaksanakan segalanya (yang diniatkan itu) pada latar-latar baru ini.

Azam itu bukanlah sesuatu yang penting untuk diperdebatkan. Kerana sebagai umat Islam, kita dikehendaki memperbaharui keazaman dan kebaikan kita setiap hari, bukannya sekali setahun apabila menyambut tahun baru. Inilah suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita. Adalah menjadi sunnah al-Musthofa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 60 kali sehari. Maka kita pula perlu melakukan lebih daripada itu. Saudaraku, beristighfarlah sebanyak 100 kali sehari di samping zikir, ratib ataupun wirid-wirid yang lain. Semoga kehidupan kita akan lebih bermakna pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Kita perlu meningkatkan keupayaan kita dahulu. Memperbetulkan diri kita dahulu sebelum memandang orang lain. Nabi al-Musthofa bersabda, "ibda' bi nafsik", yang bermaksud mulakanlah dengan diri sendiri dahulu.

Semoga tahun ini jauh lebih daripada tahun sebelumnya. Amin......



oleh:
ABDUL LATIFF MOHAMAD,
7 Muharram 1431 H, Khamis,
bersamaan 24 Disember 2009 M,
Pulau Pinang.