KALIMAH ALLAH....TIADA KOMPROMI

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katolik dalam Herald The Catholic Weekly mengguris perasaan umat Islam. Umat Islam bangkit mempertahankannya. Mufti Perak, al-'Allamah Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Zakaria mengatakan bahawa tidak ada toleransi dan kompromi dalam soal ini. Benar. Saya bersetuju dengan pendapat ini. Bahkan, jika saudara membaca tulisan saya yang lalu, saudara akan menemui pendapat saya bahawa tidak ada toleransi dan kompromi dengan kuffar. Apa yang menghairankan saya, kenapa kita masih 'berbaik-baik' dengan kuffar walaupun pelbagai perkara yang mengguris perasaan umat Islam telah dilakukan mereka. Bagi saya, ini menunjukkan kelemahan kita dan inilah salah satu sebab mengapa mereka yakni golongan kuffar laknatullah berani sehingga mencabar kesucian agama Islam itu sendiri. Kita tidak mencampuri urusan agama mereka sedikit pun, tetapi mengapa mereka biadab sebegitu rupa? Kita umat Islam memahami firman Allah SWT "lakum dinukum waliya din" yang bermaksud "bagimu agamamu dan bagiku agamaku". Atas kefahaman inilah, kita tidak mencampuri urusan agama mereka. Bahkan Nabi al-Musthofa Muhammad SAW juga telah berpesan kepada pasukan perang Muslimin bahawa jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang yang berada di dalam rumah-rumah ibadat. Rumah-rumah ibadat. Tidak kiralah apa agama pun, asalkan mereka berada di dalam rumah ibadat mereka. Inilah kaedah dan kesucian Islam walau dalam hal perang sekalipun. Islam mengamalkan toleransi dan kompromi. Namun dalam sesetengah perkara, tidak ada toleransi dan kompromi. Sebab itulah Islam membuka peluang muzakarah dan musyawarah dalam sesuatu isu.

Tapi jika sampai ke tahap memghina Islam, maka ketika itulah tiada peluang toleransi dan kompromi. Sebagai contoh, saya bawakan hal peruntuhan Masjid Babri di India suatu masa dahulu. Masjid Babri (bahasa Hindi: बाबरी मस्जिद, Urdu: بابری مسجد‎) atau Masjid Babur ialah sebuah masjid yang bersejarah yang terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina di atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Mulanya masjid dinamakan Masjid-i Janmasthan. Ia dimusnahkan pada tahun 1992 apabila perhimpunan politik seramai 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan. Bangunan ini yang terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh. Masjid lain di Ayodhya ialah Masjid Hazrat Bal yang dibina oleh Raja Shariqi. Ketika ini kekuatan umat Islam tercabar. Di mana kekuatan umat Islam untuk mempertahankannya? Tiada. Apabila kekuatan umat Islam lemah, maka kuffar dari agama mana sekalipun, akan berani untuk melakukan apa-apa tindakan sekalipun.

Maka, perkara ini perlulah sangat difahami oleh semua umat Islam. Saya amat merayu kepada seluruh umat yang bergelar MUSLIM supaya merenungi hal ini, dan SEDARLAH. TOLONGLAH SEDAR wahai saudara-saudaraku sekalian.



oleh:
al-Faqir Ilallah,
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
21 Muharram 1431 Hijriah, Khamis,
bersamaan 7 Januari 2009 Masihi,
Georgetown, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment