HABAIB

Duhai para Habaib,
Dikaulah penerus kesinambungan zuriat suci,
Daripada keturunan Nabi Al-Musthofa Muhammad SAW,
Hadirmu di muka bumi,
Sebagai pengaman dan penerus risalah,
Sebagaimana sabda Datukmu - Nabi Muhammad SAW,
'Al-ulama' warathatul anbiya' ",
Dikaulah penyuluh umat di dalam kekacauan,
Dan penunjuk jalan kebahagiaan,
Duhai para Habaib,
Doamu ku harapkan,
Dalam membimbing umat ini,
Sucinya keturunanmu,
Daripada zuriat suci kekasih Tuhanmu,
Terjaminnya perjalananmu,
Tercatat keturunanmu duhai Ahlul Bait,
Di dalam al-Quran yang mulia,
Dari sisi Tuhan Yang Maha Esa,
Pada-Nya segala takdir dan ketentuan,
Duhai para Habaib,
Duhai zuriat yang terpelihara,
Dikau menyebar di seluruh dunia,
Menyampaikan risalah Allah dan risalah Nabi,
Berkembangnya zuriatmu di seluruh dunia,
Wahai ahli Hadhrulmaut,
Dengan jasa dan perjuanganmu,
Tidak kami mengenal Islam di Nusantara Melayu ini,
Hadirmu sebagai pedagang jua pendakwah,
Membuka kami jalan mengenal Islam,
Tentu dengan petunjuk Allah Ta'ala jua,
Duhai para Habaib,
Bimbinglah kami ke jalan Tuhan,
Sungguh,
Lahirmu daripada sulbi puteri kesayangan Nabi SAW,
Jua sepupu Baginda jua menantunya,
Terlalu banyaknya rintangan perjalananmu,
Untuk memelihara aqidah jua zuriatmu,
Berhijrahnya Isa Al-Muhajir,
Menyelamatkan keturunanmu,
Berkembangnya dikau duhai Habaib,
Di bumi Hadhrulmaut,
Ya Allah,
Engkau peliharalah mereka ini,
Sebagai tunjang dakwah di muka bumi,
Duhai para Habaib,
Tekadnya dirimu,
Jua teguh akan jiwamu,
Dalam memelihara Sunnah Datukmu Rasulullah SAW,
Rida' disandang di bahumu,
Ialah Hibarah - pakaian kegemaran Rasulullah,
Dikaulah penyusun kitab Maulid,
Duhai penerang,
Duhai penyejuk mata hatiku,
Duhai para Habaib,
Sungguh ku menyintaimu,
Teruslah dirimu,
Dalam risalah dakwah,
Ke jalan Tuhan tiada lainnya,
Ku mohonkan bantuan kepada Tuhanku,
Agar beroleh bagiku syafaat kekasih-Nya,
Di Akhirat sana penuh kekacauan,
Habaib,
Tersebarnya dikau di muka bumi,
Dikaulah pengaman yang mulia,
Pelbagai gelaran merujuk padamu,
Sayyid, Habib, Syed,
Mulianya dirimu sebagai keturunan Rasulullah,
Selagi berjalannya dirimu di atas hukum Allah dan hukum Rasul,
Semoga terpeliharalah dirimu semua duhai Habaib,
Semoga Allah memeliharamu sentiasa.
Oleh:
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
Jumaat, 20 Syawal 1430 Hijriah,
bersamaan 9 Oktober 2009,
11.35 am,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment