JANGAN JADI BODOH

Sebagai umat Islam, kita wajib bersedia untuk mempertahankan kesucian agama kita dengan sebaik-baiknya walaupun terpaksa menggadaikan nyawa kita sekalipun. Tiada langsung kompromi dalam soal ini. Mungkin ada pihak yang akan mempersoalkannya pula. Bukankah toleransi itu penting? Ya. Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan dalam segala hal memerlukan toleransi. Apabila si kafir mempersoalkan jumlah pembinaan masjid lebih banyak daripada tokong. Ketika ini perlukah kita bertoleransi? Apabaila si kafir mempersoalkan kenapa masji lebih banyak daripada kuil? Ketika ini juga perlukah kita bertoleransi?

Sungguh pelik bagi saya. Segolongan umat Islam yang kononnya berjalan di atas dasar-dasar perjuangan Islam melalui 'parti Islam' sanggup bersama-sama kuffar laknatullah menunjuk perasaan dan menyokong tindakan mereka dalam membantah jumlah masjid yang lebih banyak daripada tokong. Kenapa sampai sebegitu bodoh sesetengah umat Islam ini? Mereka sanggup berteriak bersama-sama kuffar melaungkan 'ketidakadilan' ini. Apakah mereka itu 'adil'? Sedarlah wahai umat. Kejadian di sebuah masjid di Seberang Jaya Jumaat lepas amat memalukan. Islam tercemar akibat perbuatan sesetengah golongan Islam seperti inilah. Yang mengaku Islam tetapi sanggup menghina sesama Islam dan bersama-sama melaungkan 'ketidakadilan' yang dicipta mereka. Golongan yang berserban berjubah tetapi bersama kuffar menghentam Islam sendiri. Ingatlah. Ini adalah akhir zaman. Nabi al-Musthofa Muhammad SAW diutus ke dunia di tengah-tengah sebuah masyarakat yang amat pincang kehidupannya dengan sistem yang dicipta akal semata-mata tanpa berpandukan petunjuk Ilahi, Allah Yang Maha Esa. Penyatuan di atas dasar agama itu dibawa oleh Baginda Nabi SAW.

Ada yang sanggup memburuk-burukkan orang Islam yang lain semata-mata kerana berbeza pandangan dengan mereka. Dan perjuangan mereka lebih 'suci' kononnya. Apabila mereka sanggup berjuang, bersembang, berseronok, duduk bersama-sama kafir tidak mengapa. Itu bukanlah masalah. Tetapi apabila pihak Islam yang lain melakukan perkara yang sama atau hampir sama, golongan itu akan dilabelkan kafir, tidak islamik dan sebagainya. Mengapa demikian? Kebanyakan daripada mereka adalah orang Islam yang jahil walaupun mendakwa dirinya alim. Kebanyakannya mereka adalah yang hanya mengikut apa sahaja yang diperkatakan tanpa banyak soal dan bantahan kerana yang memberi arahan di atas adalah orang yang 'suci'. Akibatnya muncullah golongan yang suka menghentam orang Islam yang lain dan menyokong serta mempertahankan kafir. Bodohnya kamu. Kononnya layanan yang diterima 'sahabat' mereka adalah tidak adil. Bukankah kamu berjuang di atas dasar 'keadilan'? Keadilan yang dicipta. Keadilan yang retorik. Adilkah jika kamu bermati matian mempertahankan kafir sedangkan mereka memijak kamu dari atas? Adilkah jika kamu melaung melolong kononnya tidak adil, zalim dan sebagainya sedangkan hak dan pusaka bangsa kamu dirampas satu persatu secara diam oleh mereka? Harta warisan yang perlu kamu pertahankan jatuh ke tangan mereka. Yang kaya mereka, bukan kamu. Yang semakin berkuasa juga mereka, bukan kamu wahai bangsaku Melayu-Islam. Mereka menindas kamu secara diam-diam secara berselindung di sebalik perjuangan yang kononnya hak untuk semua. Hak yang kononnya hak dan kepentingan Melayu dipertahankan. Sedangkan, lihatlah sahaja realitinya bagaimana. Saya hairan dengan golongan yang 'suka memperkayakan orang lain, bukan diri mereka sendiri. Golongan yang suka mempertahankan orang di sebelah sana, sedangkan diri sendiri dihenyak sebegitu rupa'. Di manakah tanah pusaka Melayu-Islam? Kayakah bangsa Melayu berbanding bangsa lain yang mengambil peluang membuat duit di negara kita. Pelbagai janji yang muluk-muluk ijanjikan. Sedangkan hakikatnya..........................

Apakah ini tanda akhir zaman, tanda yang menunjukkan bahawa kiamat sudah benar-benar terlalu hampir? Kenapa? Kerana orang Islam bangkit mempertahankan bukan Islam sedangkan mereka terhimpit entah ke mana. Di dalam keadaan mereka sendiri terumbang-ambing hilang arah tujuan. Namun, zaman gemilang Islam pasti akan kembali. Ya, memang benar. Wahai umat Islam yang sebangsa denganku. Berjuanglah untuk agama dan bangsa kita sendiri. Pertahankanlah agama dan bangsamu. Janganlah jai bodoh engan usahamu menolong kuffar sedangkan umat Islam seniri kamu kafirkan. Itukah yang diajar oleh Tok Guru kamu? Di akhir zaman ini, munculnya golongan agamawan yang meletakkan hajat dan kepentingan peribadi melalui politik melebihi kepentingan agama. Kenapa? Terkejutkah kamu mendengarnya? Sememangnya ada saudaraku. Inilah yang digelar 'ulama as-suu'. Ulama yang sanggup mengeluarkan segala macam doktrin asalkan parti mereka nampak kuat. Yang menjadi mangsa adalah pengikut-pengikut yang jahil ini. Tidak hairanlah, di negeri saya masih ada golongan ari 'parti Islam' yang tidak bergaul dengan saudara seIslam semata-mata kerana berbeza fahaman politik. Golongan yang tidak makan sembelihan orang Islam yang lain kerana tidak sah sebab dari parti yang 'tidak Islamik', maka sembelihannya tidak sah. Golongan yang tidak mengiktiraf pernikahan yang diaqad oleh imam 'yang itu' kerana berbeza fahaman politik. Solat dua Imam di dalam sebuah masjid. Solat Jumaat dua puak di dalam satu qariah. Ajaran siapakah semua ini? Tidak lain adalah daripada yang bergelar ulama' dan dijunjung tinggi sebagai ulama'. Perkara ini masih berlaku di negeri saya, Terengganu Darul Iman.

Oleh itu. Bodoh atau tidakkah kita? Kuat atau lemahkah apabila kita berpecah antara satu sama lain? Sudah tentu saya anggap semua mengetahui jawapannya. Allah SWT berfirman, "Hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (agama Allah), dan janganlah kamu berpecah belah". Ayat ini adalah ayat muhkam. Bukan mutasyabih. Apabila umat Islam bersatu tanpa mengira apa pun fahaman politik, umat Islam akan kuat. Apabila umat Islam berusaha untuk menguatkan struktur ekonomi mereka, untuk menjadi kaya, mereka akan kuat. Tetapi suara-suara sumbang tetap akan muncul. Kita kena hidup dengan zuhud. Ya, kita dituntut supaya berzuhud tetapi bukannya miskin. Zuhud bukannya bermaksud kita kena hidup dalam serba kekurangan kerana yang dikejar adalah akhirat. Ya, tidak dinafikan. Akhirat adalah tujuan. Bukankah junjungan besar Nabi al-Musthofa Muhammad SAW bersabda bahawa jika menginginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu. Dan jika inginkan kedua-duanya sekali, juga hendaklah dengan ilmu. Zuhud adalah mencari harta sebanyaknya dan qanaah (cukup) dengan apa yang ada. Serta membelanjakan harta tersebut ke jalan Allah. Akhirat dikejar tetapi tidak berilmu? Bolehkah?

Anda beramal sebanyak-banyaknya tetapi tidak berdasrkan ilmu. Apakah diterima Allah?
Saudaraku. Sedarlah dan berjuanglah untuk bangsa dan agama kamu.



oleh:
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
27 Dzulhijjah 1430 H, Isnin,
bersamaan 14 Disember 2009 M,
Georgetown, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment