BANGKITLAH BERJUANG

Kekuatan adalah penting untuk hidup di tengah-tengah kerancakan pembangunan fizikal dan sosial masyarakat. Anataranya adalah kekuatan ekonomi. Tidak dinafikan, hari ini wang mempunyai peranan dalam hampir segala-galanya. Malah ianya seolah-olah menjadi pencetus dan 'turning point' bagi menjalankan apa-apa jua aktiviti pun. Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk mempunyai kekuatan ini. Mungkin akan ada manusia yang mempersoalkan kenapa wang yang hanya menjadi topik? Kerana ianya adalah ikon kepada ekonomi. Mungkin akan ada juga yang akan melabelkan saya dan mereka sealiran pemikirannya dengan saya sebagai mereka yang tamak dan tidak tahu maknanya zuhud. Kerana bagi mereka golongan yang berjuang untuk bangkit dan membina kekayaan adalah golongan materialistik. Semua manusia memerlukannya, walau golongan Hamish di Amerika sekalipun. Satu kelompok manusia yang masih hidup secara tradisional - masih menggunakan kayu api untuk memasak, lilin untuk menerangi, bercucuk tanam sebagai aktiviti ekonomi utama, berpakaian gaun bagi perempuannya dan sebagainya lagi. Mereka sememangnya ketinggalan dalam banyak hal sekalipun mereka tinggal dan hidup di sebuah negara besar yang menjadi peneraju ekonomi dan kuasa di dunia.

Apabila kita merenung situasi ini di Malaysia, cuba kita mengambil perhatian terhadapnya. Malaysia yang asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu ini dihuni dan ditadbir oleh bangsa Melayu. Mereka mempunyai kekuatan dalam menerokai negara mereka. Malah, negeri Melaka pada suatu masa dahulu dikenali di seluruh dunia. Siapa pentadbirnya? Ya, jawapannya adalah orang Melayu. Tetapi, negara yang dahulunya 'Tanah Melayu' kini seolah-olah dikuasai oleh bangsa imigran yang suatu ketika dahulu dibawa masuk ke Malaysia. Lihatlah di mana kekuatan ekonomi bangsa Melayu? Kekuatan politik bangsa Melayu? Kita agak jauh ketinggalan berbanding 'mereka' sendiri. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini. Realistik. Saya sendiri berbangsa Melayu walaupun tidak sepenuhnya kerana berdarah campuran Melayu-Cina. Tetapi hakikat kehidupan dan survival bangsa Melayu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak tanpa mengira siapa pun mereka.

Ahli-ahli politik Melayu sepatutnya berjuang untuk misi ini sejak dari dulu lagi. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Hanya dua tiga kerat sahaja yang sebetulnya untuk bangsa Melayu dan Islam. Selebihnya hanya memikirkan perut mereka sendiri sahaja. Mendapatkan kedudukan dan kuasa, seterusnya mendabik dada di tengah-tengah kehidupan masyarakat (Melayu) yang perlu dibela. Saya bukanlah seorang racist. Dan saya tidak mengamalkan racism atau assabiah. Saya cuma bersuara untuk bangsa saya. Tanah ini milik bangsa asal yang mendiaminya. Sedarlah wahai Melayu. Janganlah menjadi sebagaimana pepatah melukut di tepi gantang. Bangsa Melayu amat jauh ketinggalan daripada segala segi. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar hal. Hatta di dalam bidang perjuangan dakwah Islamiah sekalipun. Mengapa demikian?

Bangkitlah wahai bangsaku

Bangsa Melayu mugkin terlalu dimanjakan sehingga terlalu lemah untuk bangkit bersuara sekalipun perkara yang melibatkan aqidah mereka. Ini sangat menyedihkan. Lihatlah. Bukalah pandangan dan minda anda seluas-luasnya. Siapakah pemilik gedung-gedung perniagaan besar di negara ini? Siapakah pemilik tanah yang luas dan terbesar? Walaupun terdapat rizab tanah Melayu, ia tidak memungkinkan untuk bangsa lain turut memilikinya. Lihatlah realitinya di Pulau Pinang. Tanah yang suatu ketika dahulu adalah sebuah perkampungan Melayu, Kampung Mahmud misalnya. Sekarang hanya tinggal tapak, di mana sebuah kondominium mewah sedang dibina - Fettes Residences. Milik siapa? Tentu sekali anda tahu jawapannya. Ianya bukan milik bangsa Melayu dan kemungkinan juga tiada orang Melayu yang akan mendiaminya. Di kawasan berhampiran, kawasan perumahan mewah yang baru didiami - Seri Tanjung Pinang - di mana nilai kediaman adalah jutaan ringgit. Anda tidak menemui bangsa Melayu yang tinggal di perumahan mewah itu. Kenapa? Kerana bangsa Melayu tidak berkemampuan. Ini sangat menyedihkan. Mereka hanya dapat melihat dan memerhati sebuah demi sebuah kampung atau kawasan diambil dan diirikan perumahan elit untuk golongan mewah. Sedangkan bangsa Melayu hanya tetap begitu. Menjadi pemerhati kepada kebangkitan bangsa lain yang berlumba-lumba membina kekuatan masing-masing. Pulau Pinang adalah suatu contoh.

Seterusnya kekuatan kita akan hilang dengan sendirinya selari dengan beralihnya kekuatan ekonomi kepada bangsa lain. Mereka mendapat satu demi satu hak dan keistimewaan. Ditambah lagi dengan 'layanan istimewa' dan 'dimanjakan' oleh kerajaan yang terlalu berlembut dengan mereka dalam banyak hal. Sampai bilakah ianya akan berlanjutan. Saya berharap situasi ini akan berubah dalam waktu yang rasional. Saya sesungguhnya tidak sanggup utk melihat situasi menyedihkan ini akan datang. Sungguh menyedihkan.

Bangsa Melayu perlu sedar bahawa mereka tidak lagi boleh duduk bersembang di kedai-kedai kopi, dan membina angan-angan yang besar sehinggakan sukar untuk dicapai. Angan-angan dan cakap besar yang hanya 'habis' di situ sahaja. Sedangkan bangsa lain terus membina kekuatan dan kekayaan. Membina angan-angan yang mampu dijadikan realiti. Benarlah kata Tun Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Bahawa bangsa Melayu mudah lupa. Lupa pada apa yang patut mereka pertahankan. Bilakah mereka akan sedar? Apakah apabila mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dipertahankan. Kuasa politik yang semakin mengecil sedangkan jumlah yang berpolitik semakin besar. Ini kerana kuasa politik semakin terhakis. Ianya dikawal oleh bangsa lain yang merupakan minoriti (daripada segi kuasa).

Wahai bangsaku. Sebelum segala-galanya terlambat bagkitlah untuk mempertahankan kekuatan bangsamu sendiri walau payah untuk dilakukan. Namun, usaha perlu juga dilakukan. Perancangan juga perlu diterjemahkan. Segala-galanya mesti mempunyai langkah pertama (first step). Masakan orang lain boleh membina bangunan tinggi dan mewah tanpa langkah pertama? Langkah pertama dalam membina ringgit-ringgit yang menyokong kekuatan mereka. Sedarlah. Tanpa kesedaran, segalanya adalah impossible. Kita juga perlu memiliki entiti kita secara bersama sebagai medium untuk merealisasikan perkara ini. BANGKITLAH WAHAI MELAYU. JANGAN BIARKAN BANGSAMU TERUS 'MELAYU' DI BUMI SENDIRI.



oleh:
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
10 Disember 2009, Khamis,
jam 11.50 am,
Georgetown, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment