IKHLAS DAN NIAT BAIK DALAM AMALAN

Niat yang baik akan mencetuskan ikhlas, dan apabila ikhlas telah meliputi hati akan lahirlah amalan-amalan kebajikan baik yang zahir mahupun yang batin, yakni yang tersembunyi.
Allah telah berfirman (bermaksud):
" Dan tiadalah mereka diperintahkan melainkan kerana mengabdikan diri (menyembah) kepada Allah dalam keadaan berikhlaskan agama kepadanya sepenuh tulus hati."
( Surah al-Bayyinah: ayat 25)

Allah berfirman lagi, bermaksud: " Tiada akan sampai daging (korban) dan tiada juga darahnya kepada Allah, tetapi yang sampai itu ialah taqwa kamu."
( Surah al-Hajj: ayat 37)

Berkata Ibnu 'Abbas r.a., maksudnya ialah niat baik (yakni yang kamu simpan di dalam hati kamu, kerana itulah saja yang dihargai Allah Subhanahuwa Ta'ala.
Sebuah riwayat daripada Sayyidina Umar al-Khattab r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, (bermaksud):
" Hanyasanya semua perbuatan itu mestilah dengan niat, dan hanyasanya setiap amalan manusia itu dikira apa yang iniatkan. Barangsiapa hijrahnya diniatkan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya diniatkan kepada niat yang hendak dicapainya atau kepada wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang diniatkan hijrah itu kepadanya."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini aalah hadith sahih yang disampaikan kesahihannya oleh semua ulama' dan mereka mengakui tentang besar kesannya pada diri setiap Muslim, ia juga adalah salah satu hadith yang berkait dengan liku-liku Islam, dan kerana itulah para salaf yang kemudian diikuti oleh para khalaf rahimahullah sangat gemar membuka tulisan karyanya dengan hadith ini untuk menunjukkan kepada para pembaca tentang baik niat mereka dan perhatian terhadap maksu hadith yang utama ini.

oleh:
dipetik daripada kitab Al-Adzkar
karangan Imam Nawawi rahimahullah

No comments:

Post a Comment