SALAM SYAWAL

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk kita merayakan hari kebesaran Islam yakni Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1430 Hijriah ini. Alhamdulillah. Semoga umat Islam seluruh dunia mencapai kemajuan dunia dan akhirat. Amin.

Hari Raya adalah kemenangan setelah menunaikan ibadah puasa (shaum) selama sebulan, bulan yang penuh barakah di mana pada awalnya rahmat (rahmah) , pertengahannya keampunan (maghfirah) dan akhirnya pelepasan daripada api Neraka (itqon minan nar ). Alhamdulillah, pada tahun ini saya masih berkesempatan untuk bersama barisan hadapan dalam mengetuai melafazkan kalimah-kalimah takbir bersama para jemaah. Alhamdulillah.

Allahuakbar.....Allahuakbar.....Allahuakbar.......

Hanya Allahlah Yang Maha Besar, yang menguasai seluruh alam serta segala isinya. Yang menguasai langit dan bumi dan antara keduanya (baina zalik), yang mengaturkan segala yang berlaku. Semoga Syawal ini menjadi pemangkin kepada kepada umat Islam untuk melakukan anjakan paradigma kepada pemikiran dan tindakan mereka. InsyaAllah. Al-'Allamah Asy-Syeikh Dr Yusuf bin Abdullah al-Qardhawi pernah menyebutkan di dalam khutbahnya bahawa umat Islam perlu menjadi pengeluar bukan lagi hanya pengguna. Dengan cara ini, umat Islam mampu untuk menyaingi kekuatan ekonomi golongan kuffar yang dikuasai oleh golongan Yahudi dan Kristian terutamanya.

Raya juga adalah ahrar (kemerdekaan) kerana kejayaan kita dalam melaksanakan ibadah shaum sebulan lalu. Oleh itu, merdekakah kita jika makanan kita (umat Islam) masih dibekalkan oleh bukan Islam lagi? Merdekakah kita jika pakaian kita masih dibekalkan (kain) oleh bukan Islam. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga bersabda di dalam hadith Baginda SAW bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Umat Islam sepatutnya merenungi hadith Baginda SAW ini. Semoga umat Islam berkeupayaan di dalam membina dan memajukan rangkaian dan jaringan perniagaan i seluruh dunia. Amin

No comments:

Post a Comment