YA RABBI YA 'ALIMAL HAL

يَا رَبِّ يَا عَالِمَ الْحَالْ

YA RABBI YA 'ALIMAL HAL


يَا رَبِّ عَالِمَ الْحَـالْ
Wahai Allah yang mengetahui hal hamba,


إِلَيْكَ وَجَّهْتُ اْلآمـَالْ
Kepada-Mu aku hadapkan segala cita-cita,


فَامْنُنْ عَلَيْناَ بِاْلإقْبـَال
Kurniakanlah kami nikmat perkenan dari-Mu


وَكُنْ لَناَ وَاصْلِحِ الْبـَال
Serta belas kasihan dan tenteramkan hati kami


يَارَبِّ يَا خَيـْرَ كـَافِي
Wahai Allah yang Maha Mencukupi


اُحْلُـلْ عَلَيْنـَا الْعَـوَافِي
Berikanlah kami sihat afiat


فَلَيْسَ شَيْء ثَمَّ خـَافِي
Kerana tiada yang sulit atas-Mu

عَلَيْكَ تَفْصِيْلُ وَاجْمـَالْ

Segala sesuatu dalam pengetahuan-Mu

وَقَـْد أَتـَاكَ بِعُـذْرِه
Ia telah datang padamu dengan dosa

وَبِانْكِسـَارِهِ وَفَقْـرِه
Dan kesedihan dan kefaqirannya

فَاهْزِمْ بِيُسْـرِكَ عُسْـره
Angkatlah dengan kemudahan-Mu segala kesusahannya

بِمَحْضِ جُوْدِكَ وَاْلإِفْضَالْ
Dengan berkat kemurahan dan kurnia-Mu

وَامْـنُنْ عَلَيـْهِ بِتَوْبـَةْ
Kurniakanlah padanya taubat

تَغْسِلْهُ مِنْ كُلِّ حَوْبـَةْ
Yang dapat menghapus segala dosa


وَاعْصِمْهُ مِنْ شَرِّ أَوْبـَةْ
Jagalah ia dari segala bahaya


لِكُلِّ مَا عَنْهُ قَدْ حـَالْ
Dari segala yang menimpa padanya


فَأَنْتَ مَـوْلَى الْمَـوَالِي
Engkau adalah Tuhan seluruh hamba


الْمُنْـفَرِدُ بِـالْكَمـَالِ
Yang Esa dalam kesempurnaan-Mu


وَبِـالْعُـلَى وَالتَّعـَالِي
Dalam ketinggian dan keagungan-Mu


عَلَوْتَ عَنْ ضَرْبِ الأَمْثَالْ
Maha suci Allah dari semua keserupaan


جُوْدُكَ وَفَضْلُكَ وَبِـرُّكَ
Kemurahan, kurnia dan kebaikan-Mu,


يُرْجَى وَبَطْشُكَ وَقَهْـرُكَ
Sungguh sangat diharapkan. Murka dan marah-Mu


يُخْشَى وَذِكْرُكَ وَشُكْـرُكَ
Sungguh sangat ditakutkan. Berzikir dan bersyukur pada-Mu


لاَزِمْ وَحَمْدُكَ وَاْلإِجْـلاَلْ
Adalah lazim, demikian pula memuji dan mengagungkan-Mu


وَصَـلِّ فِي كُلِّ حَالَـةْ
Selawat pada setiap masa


عَلَى مُزِيْـلِ الضَّلاَلـَةْ
Di atas Nabi penghapus kesesatan


مَـنْ كَلَّمَتْـهُ الْغَزَالـَةْ
Kepadanya rusa bercakap


مُحَمَّدِ الْهـَادِي الـدَّالْ
Iaitu Muhammad penunjuk jalan


وَالْحَمْـدُ لِلّـه شُكْـرًا
Segala puji bagi Allah sebagai tanda syukur


عَلَى نِعَمٍ مِنْـهُ تَتْـرَى
Atas nikmat yang tidak putus


نَحْمَـدُهُ سِـرًّا وَجَهْـرًا
Kami memuji pada-Nya dengan rahsia dan terang


وَبِـالْغَـدَايَـا وَاْلآصـَالْ
Siang malam setiap waktu




Nota:

* ini adalah antara Qasidah yang paling saya gemari karangan Al-Imam Habib 'Abdullah ibn Habib 'Alawi al-Haddad. Qasidah ini dipetik daripada album Mutiara Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad (album ini tidak dijual di pasaran) dan laman web http://www.alhawi.net. InsyaALLAH, saya akan meluangkan masa lagi untuk menukilkannya di sini. InsyaALLAH.
Daripada:
Al-Faqir Ilallah
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
10.50 pm, Sabtu, 5 Sept 2009,
bersamaan 15 Ramadhan 1430 H,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment