PERKUATKAN PERPADUAN ISLAM

Pada 6 September 2009, saya membaca akhbar Mingguan Malaysia dan mendapati terpampang berita yang sepatutnya menjadi renungan kita semua umat Islam, terutamanya Melayu-Islam di Malaysia ini. Di mana, berlaku kekecohan di antara penduduk Muslim dan pihak kerajaan di Selangor berhubung isu pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, Selangor.


Isu ini sepatutnya 'mengetuk' hati umat Melayu-Islam tentang istilah kompromi. Kita sepatutnya bangkit mempertahankan segala isu yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam. Jangan selamanya berlembut dengan golongan kuffar di dalam segala isu yang melibatkan sensitiviti umat Islam. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku. Pertahankanlah kesucian agama mu. Bukannya berpecah dan mempertahankan ideologi masing-masing melebihi jihad dalam mempertahankan agama. Isu di Selangor ini sudah cukup sebagai pengajaran kepada kita semua. Kita nampaknya terlalu berlembut dengan kafir walaupun ianya jelas menjatuhkan martabat dan kredibiliti umat Islam itu sendiri. Di samping itu, ada i kalangan kita yang mengaku dan dijoloki ulama' juga sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengarut semata-mata untuk mempertahan partinya sendiri, walhal pelajar yang sedang menyelesaikan pengajian di pusat-pusat pengajian agama sekalipun tahu akan istilah sebenar fatwa yang dikeluarkan tersebut. Di Malaysia kita mempunyai Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengkaji sesuatu perkara dan mengeluarkan fatwa-fatwa dalam isu-isu semasa (fatawa mu'ashirah).


Saya sangat kesal apabila umat Islam tidak bersatu dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu yang melibatkan Islam itu sendiri. Mereka sanggup bersekongkol dengan kuffar untuk menjatuhkan orang Islam yang lain. Belajarlah daripada sejarah bangsa mahupun dunia. Apakah punca kelemahan umat Islam pada hari ini? Jawapannya adalah perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri. Pada 6 Disember 1992, Masjid Babri di India dimusnahkan oleh pelampau Hindu. Apakah kekuatan umat Islam ketika itu untuk mempertahankannya? Apabila kita lemah dan tidak bersatu dalam segala hal, kita akan dihina, dicaci dan diperkotak katikkan dalam segala hal. Apabila kita lemah dan tidak bersatu......fikirkanlah sendiri.


Asy-Syeikh Dr Yusuf bin 'Abdullah Qardhawi, ulama' besar dunia zaman ini pernah menyebut tentang kelemahan umat Islam di dalam khutbahnya di Qatar. Kata Syeikh al-Qardhawi, umat Islam sepatutnya menjadi pengeluar bukan pengguna lagi. Hari ini, umat Islam rata-ratanya adalah pengguna bukan pengeluar.

Al-'Allamah Asy-Syeikh Dr Yusuf bin 'Abdullah al-Qardhawi

Ini adalah hakikatnya, hatta makanan umat Islam pun dibekalkan oleh kafir. Fikrkanlah di mana kekuatan kita tuan-tuan. Lupakanlah tentang soal pendirian dan fahaman politik masing-masing. Politik memerlukan masa-masa yang tertentu. Di luar lingkungan politik, bersatulah kerana Allah demi Islam. Umat Islam akan selamanya lemah apabila berpecah belah sesama sendiri. Bukankah Allah Ta'ala telah memerintahkan di dalam al-Quran? Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud "Berpeganglah pada tali Allah (yakni agama Allah) dan janganlah kamu berpecah belah".

Soalnya, kenapa seseorang yang kelihatan 'alim, lebai sendiri seolah-olah menganjurkan perpecahan semata-mata berbeza fahaman politik? Bodohnya ulama'-ulama' yang jahat. Ulama' as-su' yang gilakan harta dan kedudukan. Yang sanggup berfatwa untuk menegakkan pendapat sendiri semata-mata.

Tuan-tuan, saya menyeru dan merayu bersatulah atas nama Islam dalam mempertahankan agama Allah. Nabi SAW bersabda, "ADDINUN NASIHAH" yang bermaksud "Agama itu adalah nasihat". Sila rujuk kitab ARBA'IN AN-NAWAWI untuk penerangan yang selanjutnya di sana. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment